Wednesday 31 October 2018

Solat Berjemaah

Solat berjemaah ialah solat orang yang mengikut orang yang solat di hadapannya dengan syarat-syarat tertentu. Orang yang menjadi ikutan dinamakan imam dan yang mengikut dinamakan makmum.

Makmum lelaki berdiri di sebelah kanan imam, jika ia seorang sahaja. Jika datang seorang lagi makmum lelaki, maka ia berdiri di sebelah kiri imam, lalu keua makmum itu undur ke belakang, dan merapatkan barisan atau imam maju ke hadapan lalu makmum merapatkan barisan.

Makmum lelaki dua orang atau lebih, berbaris di belakang imam. Jika ada makmum perempuan maka makmum perempuan berbaris di belakang barisan makmum lelaki. Dan jika ada makmum kanak-kanak, maka makmum kanak-kanak berdiri di antara lelaki dan perempuan.