Saturday, 27 October 2018

Azan dan Iqamah

Sebelum melaksanakan solat, terlebih dahulu sunat dilaungkan azan dan iqamah.
Azan ialah ucapan yang tertentu untu memberitahu mengerjakan solat fardhu.
Hukum azan itu adalah sunat di kala hendak mengerjakan solat fardhu, walaupun solat qadha.
Tidak disunatkan azan pada solat jenazah atau solat sunat.

Iqamah ialah ucapan yang tertentu bagi membangunkan orang untuk mengerjakan solat fardhu. Iqamah hukumnya sunat setiap kali hendak mengerjakan solat fardhu.  Tidak disunatkan iqamah pada solat sunat.

Pada solat jenazah dan solat sunat yang dilakukan berjemaah seperti solat hari raya, solat gerhana, solat tarawih dan sebagainya, sebagai pengganti iqamah diucapkan bacaan berikut:

            “Assholaatu jaami’ah”
            Maksudnya: Solat berjemaah

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amri ibnul ‘Ash r.a.:

Maksudnya: Ketika terjadi gerhana matahari di mas Rasulullah s.a.w. diserukan Assholaatu jaami’ah.