Sunday, 21 October 2018

Syarat Sah Solat

Untuk sahnya solat itu, maka diperlukan beberapa syarat seperti berikut:

1. Beragama Islam, tidak sah solat bagi yang tidak Islam.
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan antara yang baik dan buruk, sah atau batal, berumur lebih kurang tujuh tahun.
3. Suci daripada hadas besar dan kecil.
    Firman Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 6:
Maksudnya: "Dan jika kamu junub, maka hendaklah kamu bersuci". 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
 Maksudnya: "Allah tidak akan menerima solat seseorang kamu apabila dia berhadas sehinggalah dia berwudhuk".
 
4. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
5.  Menutup aurat
Firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 31:
Maksudnya: "Wahai anak adam. ambillah perhiasan (pakaian) kamu ketika setiap kali solat di masjid".

6.  Mengetahui masuknya waktu.
7. Menghadap kiblat. Tidak sah solat jika sengaja tidak menghadap kiblat.
   Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Khalid bin Rafi r.a. yang diriwayatkan olehMuslim:
Maksudnya: "Apabila engkau menegakkan solat, maka sempurnakanlah wudhuk kemudian menghadaplah ke kiblat". 
Kiblat itu adalah Kaabah di Masjid Haram Mekah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 144:
Maksudnya: "Maka hendaklah engkau hadapkan mukamu ke arah Masjidil Haram, di mana saja kamu berada, hendaklah kamu hadapkan muka kamu ke arahnya". 
 Untuk menentukan kiblat, kita boleh dapatkannya dengan berpandukan kepada kompas atau kompas kiblat. Boleh juga diperoleh arah kiblat ini dari pakar astronomi atau pakar ilmu falak.
Untuk makluman, pada masa-masa tertentu ada kalanya matahari berada tepat di atas kaabah. Biasanya bila perkara ini berlaku, diumumkan melalui media masa. Maka apabila hal ini telah diketahui, sepatutnya semua umat Islam menunggu masa berkenaan bagi membetulkan arah kiblat. Pada masa itu, hendaklah kita gantung tali di pintu atau di jendela dengan diberi pemberat. Hasilnya kita dapati bayangan benang atau tali itulah arah kiblat.
8. Mengetahui rukun-rukun yang fardhu serta tidak meyakini yang fardhu itu sunat atau sebaliknya.