Sunday, 21 October 2018

Solat Fardhu dan Waktu-waktunya

Solat fardhu ialah solat lima waktu sehari semalam termasuk solat jumaat. setiap orang Islam yang baligh dan berakal wajib menegakkan solat tersebut. Orang tua atau penjaga wajib menyuruh kanak-kanak yang telah berumur 7 tahun melaksanakan solat fardhu berkenaan. Jika umurnya telah meningkat sepuluh tahun wajib dipukul jika dia tidak menegakkannya. Solat fardhu yang lima waktu itu adalah zohor, asar, maghrib isyak dan subuh.

Waktu-waktu Solat Fardhu

Solat-solat fardhu yang lima waktu mempunyai waktu tertentu seperti di bawah:

1. Solat zohor - Waktunya bermulaa dari gelincir matahari sehingga bayang sesuatu benda sama panjang dengan penyukatnya.

2. Solat asar - Waktunya bermula sejak bayang-bayang sesuatu lebih panjang dari penyukatnya sehingga terbenam matahari.

3. Solat maghrib - Waktunya bermula apabila terbenam matahari sehingga warna merah di ufuk barat.

4. Solat isyak - Waktunya bermula dari hilangnya warna merah di ufuk barat sehingga terbit fajar sadiq.

5. Solat subuh - Waktunya bermula dari terbitnya fajar sadiq sehingga terbitnya matahari.