Sujud tilawah ertinya sujud bacaan, iaitu sujud kerana membaca atau mendengar orang membaca ayat-ayat sajadah. Sujud tilawah itu hukumnya sunat.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya:
Apabila orang mambaca ayat sajadah, kemudian ia sujud, menghindarlah syaitan dan menangis sambil berkata. Hai celaka! Anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas ia sujud, maka baginya syurga. Tetapi saya disuruh sujud, saya enggan, maka untuk saya neraka.Ayat-ayat sajadah yang ada di dalam al-Quran ada sebanyak lima belas tempat.
1. Ayat terakhir dalam surah al-A'raf
2. Ayat 15 surah ar-Ra'd
3. Ayat 50 surah an-Nahl
4. Ayat 109 surah al-Isra'
5. Ayat 58 surah Maryam
6. Ayat 18 surah al-Hajj
7. Ayat 77 surah al-Hajj
8. Ayat 60 surah al-Furqan
9. Ayat 26 surah an-Naml
10. Ayat 15 surah as-Sajadah
11. Ayat 24 surah Sad
12. Ayat 38 surah Hamim (Fushilat)
13. Ayat terakhir surah an-Najm
14. Ayat 21 surah al-Insyiqaq
15. Ayat terakhir surah al-A'laq
Cara Sujud Tilawah
Jika dibaca ayat sajadah sedangkan yang mendengar atau yang membacanya tidak dalam solat maka yang mendengar dan pembacanya sunat segera sujud, dengan syarat dia dalam keadaan bersih daripada hadas besar dan kecil dan menghadap kiblat, dan suci daripada najis sama ada pada tempat, pakaian dan badan.
Rukun Sujud Tilawah
Rukun sujud tilawah adalah seperti berikut:
1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Sujud sekali serta tumakninah
4. Duduk
5. Salam
Ini khas bagi yang tidak di dalam solat.
Jika dibaca ayat sajadah dalam solat, maka hendaklah memberhentikan bacaan, lalu bertakbir dan terus sujud sekali, kemudian bangun dengan mengucap takbir, lalu meneruskan bacaan dan solatnya.
Jika solat berjemaah, makmum wajib mengikut imamnya sujud tilawah. Jika imamnya tidak sujud, maka makmum tidak boleh sujud.
Bacaan sujud tilawah seperti berikut:
Maksudnya: Mukaku sujud kepada Tuhan yang telah menjadikannya, yang telah membentuk rupanya, dan telah menjadikannya mendengar dan melihat dengan kekuasaan dan kekuatannya. Maka maha Pemberi berkat Allah, lagi sebaik-baiknya yang menjadikan.