Perkara yang
sunat dilakukan ketika azan atau iqamah ialah:
1. Menghadap
kiblat.
2. Berdiri.
3. Menghadap
muka ke kanan ketika menyebut “haiya ‘alassolaah” dan menghadap ke kiri
ketika menyebut “haiya ‘alalfalaah”.
4. Kuat dan
suara yang bagus.
5. Tarji’, iaitu
mengucapkan dua kalimah syahadah dua kali terlebih dahulu dengan suara
perlahan, sebelum mengucapkannya dengan suara nyaring.
6. Suci daripada
hadas dan najis.
7. Berdiri di
tempat yang tinggi.