Sunday 21 October 2018

Pekerjaan Solat

Pekerjaan yang dilakukan dalam solat ada tiga perkara iaitu:

1. Rukun
Pekerjaan yang termasuk dalam rukun ini ialah pekerjaan yang wajib dikerjakan. Jika tidak dikerjakan maka batallah solatnya.

2. Sunat ab'ad
Pekerjaan yang termasuk sunat ab'ad ialah pekerjaan yang amat baik dan amat digalakkan dilakukan. Jika tertinggal, tidaklah batal solatnya, tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi.
3. Sunat hai'at
Sunat hai'at ialah pekerjaan yang baik jika dikerjakan. Jika ditinggalkan sah solatnya dan tidak disunatkan sujud sahwi.