1. Walaupun waktu untuk melakukan solat fardhu itu panjang, tetapi Islam menganjurkan agar solat dilakukan di awal waktu.
2. Di zaman sekarang ini lebih mudah lagi untuk mengetahui waktu-waktu solat, kerana Jabatan Islam di negeri-negeri dalam Malaysia telah menerbitkan takwim waktu selat dengan kerjasama pakar-pakar ilmu falak atau ilmu astronomi yang diyakini tepat dan betul.
3. Waktu-waktu yang haram melakukan solat:
a) Sesudah solat subuh sehingga terbit matahari.
b) Ketika terbit matahari sehingga naik segalah iaitu lebih kurang naik lima kaki dari tempat terbitnya.
c) Ketika matahari berdiri tegak lurus atau ketika berada di kemuncaknya.
d) Sesudah solat asar sehingga ia terbenam.
e) Ketika ia mula terbenam sehingga sempurna terbenamnya.4. Solat yang haram dilakukan pada waktu-waktu yang disebutkan hanyalah solat-solat yang tidak bersebab seperti solat sunat mutlaq.