Wednesday, 24 October 2018

Sujud Sahwi

Sujud sahwi ialah sujud kerana lupa, iaitu sujud dua kali dengan duduk antara dua sujud di akhir solat, sebelum memberi salam atau sesudah salam. Sujud sahwi ini hukumnya sunat ab'ad.

Sebab-sebab Sujud Sahwi

1. Kerana meninggalkan sunat ab'ad.
Jika tertinggal sunat ab'ad sedangkan kita telah meninggalkan rukun yang lain, tidak boleh diulang lagi. Sebaliknya hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Jika disedari di dalam solat, maka sujud sahwi dilakukan sebelum salam. Jika disedari setelah salam, maka sujud sahwi dilakukan selepas salam.
 2. Ragu pada bilangan rakaat.
Jika ragu pada bilangan rakaat, hendaklah diambil jumlah yang sedikit lalu disempurnakan, kemudian sujud sahwi.
 3. Terlebih rakaat atau rukun.
Jika terlebih rakaat atau rukun yang beberapa perbuatan kerana lupa, jika disedari maka sunat sujud sahwi.
 4. Kerana kurang rakaat.
Jika kurang rakaat, maka hendaklah ditambah ketika ia teringat. Andainya diketahui kekurangan rakaat itu ketika telah selesai solat, maka hendaklah segera berdiri sambil bertakbir menambah rakaat yang kurang, jka belum lama masanya, kemudian sunat dilakukan sujud dahwi. Jika telah lama masanya, maka hendaklah mengulangi solatnya.
 5. Kerana kekurangan rukun.
Jika kurang rukun di dalam solat, maka hendaklah segera diulang atau ditambah satu rakaat, kerana rakaat itu tidak dikira. Selepas itu di akhir solat sunat dilakukan sujud sahwi.

Bacaan Sujud Sahwi

Bacaan dalam sujud sahwi adalah sepert berikut:

"Subhaanalladzii laayanamu walayashu".

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lalai.

Boleh juga dibaca tasbih sujud yang biasa jika belum tahu bacaan di atas.