Solat fardhu haram ditinggalkan kecuali ada halangan yang dibenarkan syarak seperti berikut:
1. Kerana tertidur
2. Kerana terlupa
3. Kerana gila atau pengsan
4. Haid atau nifas
Solat yang tertinggal kerana tertidur atau lupa wajib diqada, sedangkan kerana gila, pengsan, haid atau nifas tidak wajib diqada.