Saturday, 20 October 2018

Dalil Wajib Solat

Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa solat lima waktu sehari semalam adalah wajib ditegakkan. sebagaimana dalilnya adalah firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran antara lain, surah al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya: "Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar".

Surah an-Nisa, ayat 103:
Maksudnya: "Maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang tertentu waktunya ke atas orang mukmin".

Selain daripada dalil al-Quran, juga diperolehi dalil daripada Hadis Rasulullah s.a.w. antara lain hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Anas R.A.:
Maksudnya: "Allah Azza Wajalla telah mewajibkan ke atas umatku lima puluh solat. Lalu aku berulang-alik kepadanya (sehingga tinggal lima), maka Ia berfirman: Solat fardhu itu tetap lima, sedangkan nilainya tetap lima puluh. Keputusan itu tidak dapat diubah".