Perkara sunat ab'ad dalam solat adalah seperti berikut:
1. Membaca tasyahud awal. Hal ini nyata dari perbuatan Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Buhainata r.a., katanya:
Maksudnya: "Kami telah solat bersama Rasulullah s.a.w. solat zuhur, beliau berdiri dan beliau lupa duduk tasyahud yang pertama. Maka pada akhir solat beliau sujud dua kali (sujud sahwi)".Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasai daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.:
Maksudnya: "Apabila kamu duduk pada tiap-tiap dua rakaat solat, maka hendaklah kamu baca attahiyatu lillah, dan seterusnya hingga akhir".2. Duduk kerana membaca tasyahud awal.
3. Membaca selawat ke atas nabi pada tahiyat awal.
4. Membaca selawat ke atas keluarga nabi pada tahiyat akhir.
5. Membaca doa qunut pada solat subuh dan solat witir pada malam enam belas ramadhan hingga akhir.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas r.a., dia berkata:
Maksudnya: "Sentiasa Rasulullah s.a.w. membaca qunut pada solat subuh hingga sampai beliau meninggal dunia".6. Membaca selawat nabi di akhir qunut.