Sunday, 21 October 2018

Aurat Dalam Solat

Aurat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup mengikut syariat.

Aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Darul Qutni dan Baihaqi:
Maksudnya: "Aurat lelaki adalah antara pusat dan lututnya".

Aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh selain muka dan tapak tangan.
Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti (belum bernafsu) lagi tentang aurat perempuan".