Cara untuk mengerjakan solat dengana sempurana adalah seperti berikut:
1. Terlebih dahulu wajib membersihkan diri daripada hadas dan najis, begitu juga pakaian dan tempat. Pastikan telah suci daripada najis lalu menutup aurat.
2. Setelah masuk waktu, sunat dilakukan azan, kemudian iqamah lalu menghadirkan dirinya di tempat solat dalam keadaan wajib berdiri menghadap kiblat. Kedua kaki sunat direnggangkan sedikit kira-kira sejengkal jika lelaki. Tumit rapat jika perempuan.
3. Solat wajib dimulai dengan takbiratul ihram, iaitu mengucapkan allaahu akbar.
Mengucap allaahu akbar yang ertinya Allah Maha Besar. Ketika takbiratul ihram itu kedua tangan sunat diangkat, sehingga kedua tapak tangan setentang dengan bahu dan ibu jari setentang dengan bahagian bawah telinga, dalam keadaan kedua tapak tangan menghadap ke kiblat.
4. Ketika mengucapkan takbiratul ihram ini jga kita wajib berniat di dalam hati untuk melaksanakan solat berkenaan. Seperti "Sengaja saya melakukan solat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
5. Setelah itu kedua tangan sunat diletakkan di bawah dada, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, lalu sunat membaca doa iftitah, iaitu:
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang, siang dan malam. Saya hadapkan mukaku kepada kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi dengan tunduk menyerah diri dan saya bukan lah termasuk dalam golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan demikianlah aku diperintahkan. Dan saya adalah termasuk dalam golongan orang Muslim.
6. Selepas doa iftitah ini, wajib dibaca surah al-Fatihah, sunat dimulai dengan:
Maksudnya:
(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
(7) Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Prekenankanlah Ya Allah.
7. Sesudah itu sunat dibaca surah atau ayat al-Quran, seperti surah al-Ikhlas.
8. Selesai membaca surah, lalu wajib rukuk. Ketika rukuk sunat mengucap akbir sambil mengangkat tangan seperti pada takbiratul ihram, lalu kedua tapak tangan diletakkan pada lutut. Wajib tumakninah ketika rukuk. Ketika rukuk ini sunat membaca tasbih tiga kali iaitu:
Maksudnya: Maha Suci Allah Yang Maha Mulia dengan sifatnya yang terpuji.
9. Selepas itu wajib bangkit (iktidal) daripada rukuk sambil sunat mengangkat tangan seperti tadi dan sunat pula membaca:
Maksudnya: Mudah-mudahan Allah mendengarkan orang-orang yang memujiNya.
Ketika berdiri lurus itu sunat dibaca pula:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, BagiMu lah segala pujian sepenuh langit dan sepenuh bumi dan separuh apa saja yang Engkau kehendaki sesudah itu.
Wajib tumakninah ketika iktidal ini.
10. Setelah iktidal lalu wajib sujud dan sunat mengucap takbir. Ketika turun sujud sunat lebih dahulu meletakkan lutut, diikuti dengan tangan kemudian dahi dalam keadaan lebih berat di bahagian kepala. Jari-jari kaki sunat dihadapkan ke kiblat, tapak tangan diletakkan di hadapan lutut. Jari-jari tangan direnggangkan sedikit, menghadap kiblat. Bagi lelakisiku direnggangkan sedikit dari rusuk, jika perempuan sunat dirapatkan ke rusuk.
Wajib tumakninah ketika sujud dan sunat membaca tasbih berikut:
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang amat tinggi dengan sifat-sifatnya yang terpuji.
11. Selesai sujud yang pertama, maka wajib bangun untuk duduk antara dua sujud sambil mengucap takbir, sunat duduk dalam keadaan duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan. Ketika duduk antara dua sujud ini juga wajib tumakninah dan sunat dibaca doa ini:
12. Selepas itu, wajib sujud dan tumakninah sekali lagi sambil bertakbir. Ketika sujud yang kedua itu juga sunat dibaca tasbih ini:
13. Jika solat yang dilakukan lebih dua rakaat, maka selepas sujud yang kedua pada rakaat yang kedua ini, sunat pula dilakukan duduk tahiyat awal dengan cara duduk iftirasy. Ketika ini sunat dibaca tahiyat awal dan selawat ke atas Nabi. Bacaan tahiyat awal dengan tahiyat akhir adalah sama saja.
Bacaan tahiyat atau tasyahud dan selawat adalah seperti berikut:
Maksudnya: Segala penghormatan, segala yang berkat dan segala rahmat dan yang baik-baik adalah bagi Allah. Selamatlah ke atas engkau, wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya, keselamatan juga ke atas kami dan ke atas hamba Allah yang soleh. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah. Dan saya mengaku bahawa Muhammad itu utusan Allah.
14. Jika solat itu lebih daripada dua rakaat, maka setelah selesai membaca tasyahud awal dan selawat tadi, lalu bangun berdiri sambil mengucapkan takbir dan mengangkat tangan seperti pada takbiratul ihram, lalu meneruskan rakaat yang ketiga dan seterusnya. Sekiranya solat itu hanya dua rakaat, maka bacaan tasyahud atau tahiyat awal tadi menjadi tahiyat akhir.
15. Duduk pada tahiyat akhir adalah wajib. Tetapi cara duduknya sunat dengan cara duduk tawaruk.
16. Selepas membaca selawat nabi pada tahiyat akhir sunat pula membaca selawat ke atas keluarga nabi seperti berikut:
Maksudnya: Dan ke atas keluarga Muhammad, seperti telah Engkau berikan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan juga keluarga Nabi Ibrahim. Dan berilah berkat ke atas Nabi Muhammad dan juga ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti Engkau telah berkati ke atas Nabi Ibrahim dan juga ke atas keluarga Nabi Ibrahim. Di dalam alam ini sesungguhnya Engkau amat terpuji lagi amat mulia.
17. Ketika mengucap illallaah pada syahadah yang pertama, jari telunjuk kanan sunat diangkat sedikit sebagai isyarat bahawa Allah itu Esa.
18. Setelah selesai membaca tahiyat akhir, lalu wajib memberi salam yang pertama.
Maksudnya: Mudah-mudahan keselamatan dan rahmat Allah ke atas kamu.
Sambil memalingkan muka ke kanan dan sunat meniatkan memberi salam kepada yang berada di sebelah kanan, dan juga makmum. Jika makmum sunat diniatkan untuk memberi salam kepada yang di kanan dan juga menjawab salam imam.
19. Selepas itu sunat memberi salam yang kedua dan memalingkan muka ke kiri dan diniatkan memberi salam kepada semua yang berada di sebelah kanan.
20. Pada solat subuh, ketika berdiri lurus pada iktidal dalam rakaat kedua sunat dibaca doa qunut, seperti berikut:
Maksudnya: Ya Allah! Tunjukilah saya ke dalam golongan orang-orang yang telah Engkau tunjuki, dan pimpinlah saya di dalam golongan orang yang telah Engkau pimpin dan berilah aku berkat di atas apa juga yang telah Engkau beri. Dan peliharakanlah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tidaklah Engkau yang dihukum. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau lindungi. Dan tiada akan mulia orang yang Engkau musuhi. Amat memberi berkat Engkau Ya Tuhan kami dan amat tinggi. Maha segala puji bagi Engkau atas segala yang telah Engkau tetapkan. Dan saya memohon keampunanMu dan saya bertaubat kepadaMu. Dan berikanlah rahmat Ya Allah, kepada Nabi Muhammad dan begitu juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan juga berikanlah juga keselamatan.
21. Ada juga qunut pendek yang hanya dibaca pada solat witir, iaitu: