1. Rukun qalbi, iaitu rukun yang dilakukan oleh hati.
2. Rukun qauli, iaitu rukun yang dilakukan oleh lidah atau mulut dengan membaca.
3. Rukun fi'li, iaitu rukun yang dilakukan dengan perbuatan anggota.
Rukun solat ada tiga belas perkara, seperti berikut:
1. Niat
Niat ialah kesengajaan di dalam hati untuk melakukan sesuatu, lalu dikerjakan. Niat solat ini dilakukan ketika takbiratul ihram. Setiap ibadah mestilah dengan niat dan niat itu pula mestilah niat yang ikhlas iaitu kerana Allah S.W.T.
Firman Allah dalam surah al-Baiyinah, ayat 5:
Maksudnya: "Dan tidaklah mereka (manusia) diperintah, melainkan supaya mengabdi kepada Allah dengan ikhlas beragama kepadaNya".
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: "Hanya sanya segala amalan itu dengan niat. Dan hanya sanya bagi setiap orang apa yang diniatkannya".
Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh an-Nasai daripada Abi Umamah r.a.:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menerima daripada amalan itu, melainkan yang baginya ikhlas dan kerana menuntut keredhaanNya".
2. Berdiri bagi yang sanggup. Bagi yang tidak sanggup berdiri bolehlah dia solat dalam keadaan duduk atau sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari:
Maksudnya: "... lalu Baginda bersabda, solatlah engkau dalam keadaan berdiri dan jika tidak sanggup maka duduk, dan jika tidak sanggup juga maka berbaring".
3. Takbiratul ihram
Takbiratul ihram iaitu mengucapkan Allahu akbar di permulaan solat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi:
Maksudnya: "Kunci solat itu adalah wudhuk. Permulaannya adalah takbir dan penutupnya adalah salam".
4. Membaca surah al-Fatihah
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari:
Maksudnya: "Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Ummul Kitab (surah al-Fatihah)".5. Rukuk berserta tumakninah
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: "... kemudian rukuklah kamu, hingga engkau berhenti dalam keadaan rukuk".6. Iktidal serta tumakninah
Sabdanya: (sambungan hadis di atas)
Maksudnya: "Kemudian bangkitlah engkau sehingga berdiri betul kembali".7. Sujud dua kali serta tumakninah
Sabda Rasulullah s.a.w. (sambungan hadis di atas):
Maksudnya: "Kemudian sujudlah engkau dengan berhenti seketika, kemudian bangkitlah engkau hingga berhenti seketika, kemudian sujudlah engkau hingga berhenti seketika".8. Duduk antara dua sujud serta tumakninah
9. Duduk kerana membaca tasyahud akhir atau tahiyat akhir
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12. Memberi salam yang pertama iaitu mengucap "assalamu'alaikum warahmatullah".
13. Tertib iaitu mengikut susunan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Bukhari:
Maksudnya: "Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku melakukan solat".