1. Islam
Orang yang tidak Islam tidak wajib solat, iaitu tidak dituntut di dunia, kerana jika dilakukannya, solatnya tidak sah. Tetapi ia tetap akan diseksa (dituntut) di akhirat.2. Baligh
Orang yang belum baligh tidak wajib solat
Baligh ialah:
a) Telah berumur lima belas tahun
b) Telah keluar mani setelah berumur sembilan tahun
c) Telah mengalami haid atau mengandung setelah berumur sembilan tahun
d) Mimpi bersetubuh3. Berakal
Orang yang tidak berakal tidak wajib solat.4. Suci daripada haid dan nifas
5. Melihat atau mendengar