Wednesday 24 October 2018

Sunat Hai'at

Perkara sunat hai'at yang baik dilakukan dalam solat adalah seperti berikut:
1. Mengangkat kedua tangan hingga hujung jari setentang dengan telinga, tapak tangan dihadapkan ke kiblat ketika:
    a) Takbiratul ihram
    b) Hendak rukuk
    c) Iktidal
    d) Ketika bangkit daripada tahiyat awal
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a.:
Maksudnya: "Adalah Nabi s.a.w. apabila berdiri untuk melakukan solat. Baginda mengangkat kedua tangannya hingga setentang dengan bahunya. Kemudian Baginda bertakbir. Apabila Baginda rukuk diangkatkannya keduanya seperti itu juga. Dan apabila Baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk, Baginda mengangkat keduanya seperti  itu juga".
2. Meletakkan kedua tangan di bawah dada, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri ketika berdiri membaca doa iftitah dan membaca fatihah serta surah.

3. Membaca doa iftitah sesudah takbiratul ihram.

4. Melihat ke tempat sujud sepanjang solat kecuali ketika mengucap "illallaah" pada "asyhadu alla ilaaha illallaah" kerana ketika ini disunatkan melihat telunjuk.

5. Membaca "a'uzubillah" sebelum membaca fatihah.

6. Membaca amin selepas membaca fatihah
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasai yang bermaksud:
"Dan apabila berkata imam waladdhoolliin, maka hendaklah kamu berkata amin, maka sesungguhnya malaikat berkata pula: "Amin" dan imam juga berkata amin, maka barangsiapa yang sama-sama aminnya dengan amin malaikat diampunkan dosanya yang telah lalu".
7. Membaca ayat al-Quran (surah selain fatihah) pada rakaat pertama dan kedua, sesudah membaca fatihah.

8. Menguatkan suara bacaan fatihah dan ayat pada rakaat pertama dan kedua bagi lelaki yang menjadi imam atau yang solat sendirian, pada solat maghrib, isyak, subuh, jumaat dan beberapa jenis solat sunat.

9. Sunat bagi makmum mendengar bacaan imam.
Firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204 yang ertinya:
Maksudnya: "Dan apabila dibacakan al-Quran hendaklah kamu dengarkan baginyya, dan diamlah kamu semoga kamu dirahmati".
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi:
Maksudnya: "Apabila kamu berada di belakangku, maka janganlah kamu membaca selain ummul quran (suratul fatihah)".
10. Diam sekejap sebelum dan selepas membaca surah al-Fatihah.
Perbuatan Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Samurah r.a.:
Maksudnya: Adalah Nabi s.a.w. diam seketika apabila dia telah bertakbir dan diam seketika lagi apabila dia selesai daripada bacaan faihah.
11. Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain yang berupa perbuatan, kecuali ketika bangkit daripada rukuk. Ketika ni dibaca sami'allaahuliman hamidah.

12. Ketika berdiri iktidal dibaca rabbanaa walakalhamdu.

13. Meletakkan kedua tapak tangan pada lutut ketika rukuk.

14. Membaca subhaana rabbiyal'adziimi wabihamdih tiga kali ketika rukuk.

15. Membaca subhaana rabbiyal'alaa wabihamdih tiga kali ketika sujud.

16. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud.


17. Meletakkan kedua tangan di atas dua peha dekat lutut, jari tangan kiri diluruskan, jari tangan kanan digenggam selain telunjuk, ketika duduk tahiyat atau tasyahud.

18. Jari telunjuk diangkatkan ke atas ketika mengucap syahadah yang pertama iaitu ketika membaca illallaah.

19. Duduk iftirasy (cara duduknya yang sunat) iaitu duduk di atas kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan dalam semua duduk solat selain duduk tasyahud akhir.

20. Duduk tawaruq pada tahiyat akhir, (cara duduknya yang sunat) iaitu duduk seperti duduk iftirasy, tetapi kaki kiri disilangkan ke sebelah kanan dan duduk di lantai.

21. Memalingkan muka ke kanan pada salam yang pertama dan ke kiri pada salam yang kedua.

22. Memberi salam yang kedua.

23. Meniatkan memberi salam kepada yang di sebelah kanan dan yang di kirinya, baik manusia ataupun malaikat, imam kepada makmum dan makmum meniatkan menjawab salam imamnya.

24. Menyapunya tangan ke muka selepas salam yang kedua.

25. Menghayati makna bacaan solat.