Friday, 2 November 2018

Solat Sunat Yang Disunatkan Berjemaah

Selain daripada solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah, terdapat pula solat-solat sunat yang disunatkan melakukannya dengan berjemaah. Bagaimanapun ia boleh juga dilakukan dengan munfarid atau bersendirian seperti di bawah ini:
1. Solat Aid (Solat Hari Raya)
2. Solat sunat Gerhana
3. Solat Istisqa'
4. Solat sunat Tarawih

Solat Sunat Tidak Disunatkan Berjemaah

Solat-solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu dan tidak disunatkan berjemaah adalah seperti berikut:
1. Solat sunat Dhuha
2. Solat sunat Tahajjud
3. Solat sunat Tahiyatul masjid
4. Solat sunat Wudhuk
5. Solat sunat Hajat
6. Solat sunat Istikharah
7. Solat sunat Mutlaq
8. Solat sunat Witir

Solat Sunat Yang Tidak Mengiringi Solat Fardhu

Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu adalah terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
1. Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu yang tidak disunatkan berjemaah.
2. Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu yang disunatkan berjemaah.

Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu

Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah yang mengiringi solat fardhu, yang disebut dengan sunat rawatib ada dua macam seperti berikut:

1. Yang muakkad, iaitu yang amat disuruh. Solat sunat yang muakkad ada lima, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum solat fardhu subuh.
2. Dua rakaat sebelum solat fardhu zohor atau jumaat.
3. Dua rakaat selepas solat fardhu zohor atau jumaat.
4. Dua rakaat sesudah solat fardhu maghrib.
5. Dua rakaat sesudah solat fardhu isyak.

2. Yang tidak muakkad. Solat sunat rawatib yang tidak muakkad juga ada lima, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum solat fardhu zohor atau jumaat.
2. Dua rakaat sesudah solat fardhu zohor atau jumaat.
3. Empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
4. Dua rakaat sesudah solat fardhu maghrib.
5. Dua rakaat sebelum solat fardhu isyak.

Solat Sunat Yang Tidak Disunatkan Berjemaah

Solat sunat yang tidak sunat berjemaah ini ada dua bahagian seperti berikut:
1. Yang mengiringi solat fardhu.
2. Yang mengiringi solat fardhu. 

Solat Sunat

Solat sunat ialah solat yang dianjurkan mengerjakannya iaitu solat yang lain dari solat fardhu. Solat sunat ini pula terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
1. Solat sunat yang tidak sunat berjemaah.
2. Solat sunat yang disunatkan berjemaah.

Thursday, 1 November 2018

Solat Jamak Sebab Sakit

Orang yang dalam keadaan sakit boleh melakukan solat jamak sama ada jamak takdim atau takhyir. Dengan syarat yang berikut:
1. Berniat jamak pada solat yang pertama jika jamak takhyir.
2. Dalam keadaan sakit hingga takbiratul ihram solat yang kedua dikerjakan dalam waktu.
3. Tertib.
4. Beriring-iringan antara solat yang pertama dan kedua. 
 
 

Solat Jamak Sebab Hujan dan Syarat-Syaratnya

Solat boleh dikerjakan dengan jamak taqdim sahaja dengan sebab hujan iaitu solat zohor dan asar dikerjakan dalam waktu zohor, solat maghrib dan isyak dikerjakan dalam waktu maghrib.

Syarat-syaratnya

Boleh mengumpulkan solat disebabkan hujan bagi orang melazimi solat berjemaah dengan syarat seperti berikut:
1. Berniat jamak dalam solat yang peretama.
2. Hujan turun menyulitkan perjalanan balik ke rumah dan datang semula ke masjid untuk berjemaah.
3. Solat itu dikerjakan dalam berjemaah.
4. Tempat berjemaah jauh dari tempat tinggal.
5. Hujan turun berterusan dari takbiratul ihram solat yang pertama hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
6. Beriring-iring antara solat yang pertama dan kedua.
7. Tertib. 
 

Jamak dan Qasar

Orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak maksiat serta cukup syarat-syaratnya, maka boleh mengumpulkan Jamak dan Qasar sekaligus.

Solat Takhyir dan Syarat-syaratnya

Jamak takhyir ialah menghimpunkan dua solat fardhu yang tertentu pada waktu yang akhir iaitu waktu yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takhyir

Syarat-syarat jamak takhyir adalah seperti berikut:
1. Berniat mengumpulkan solat pada waktu yang kedua.
2. Sentiasa dalam perjalanan hingga habis waktu yang kedua.
3. Sekurang-kurangnya perjalanan sejauh dua marhalah.
4. Perjalanan yang tentu tujuannya.
5. Perjalanan yang tidak maksiat. 
 
 
 

Jamak Takdim dan Syarat-syaratnya

Jamak takdim ialah menghimpunkan dua solat pada waktu yang pertama, seperti mengumpulkan solat zohor dengan asar pada waktu zohor dan solat maghrib dengan isyak pada waktu maghrib.

Syarat-syarat Jamak Takdim

Jamak takdim sah dilakukan dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. Solat zohor lebih dahulu daripada solat asar dan solat maghrib lebih dahulu daripada solat isyak.
2. Berniat jamak dalam solat yang pertama.
3. Solat yang dijamak itu dikerjakan beriring-iring.
4. Sentiasa dalam perjalan hingga selesai takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Perjalanan yang tidak maksiat. 
 
 
 

Solat Jamak

Solat jamak ialah solat yang dikumpulkan. Orang yang sedang dalam perjalanan yang tidak maksiat boleh mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Solat yang boleh dikumpulkan itu ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak. Solat jamak ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu jamak taqdim dan jamak takhyir.

Hads Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:
Rasulullah s.a.w. apabila berangkat sebelum gelincir matahari, Beliau akhirkan solat zohor pada waktu asar, kemudian beliau turun, beliau jamakkan keduanya. Dan jika telah gelincir matahari sebelum beliau berangkat, maka Beliau solat zohor dahulu, kemudian baru beliau naik kenderaan.

Syarat-syarat Solat Qasar

Boleh mengqasar solat dengan syarat-syarat berikut:
1. Sekurang-kurangnya perjalanan sejauh dua marhalah lebih kurang 60 batu atau 91 KM (Rujuk Mustika Hadis).
2. Perjalanan yang bukan maksiat.
3. Berniat mengqasar solat pada takbiratul ihram.
4. Perjalanan menuju tempat yang tertentu.
5. Tidak beriman kepada orang yang tidak mengqasar.
6. Sentiasa dalam perjalanan hingga selesai solat. 

Solat Qasar

Solat qasar ialah solat yang pendek atau dipendekkan. Orang yang musafir harus (boleh) memendekkan solat yang empat rakaat (zohor, asar dan isyak) menjadi dua rakaat.

Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 101:

Maksudnya: Apabila kamu berjalan di muka bumi, maka tidak ada halangan bagi kamu untuk mengqasar (memendekkan) solat.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ya'la bin Umaiyah r.a.:

Yang ertinya: Telah bercerita Ya'la bin Umaiyah r.a.: Saya telah berkata kepada Umar r.a.: Allah ada berfirman (tentang solat qasar) "Jika kamu takut, sedangkan sekarang telah aman?" Umar r.a. menjawab, "Saya hairan juga sperti engkau". Maka saya tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. dan Beliau menjawab: "Solat qasar itu adalah sedekah yang telah diberikan Allah S.W.T. kepadamu, maka terimalah sedekahNya".

Uzur Solat Jumaat

Orang yang ditimpa oleh sesuatu sebab seperti di bawah ini, maka ia dikira uzur iaitu tidak diwajibkan melakukan solat jumaat:
1. Sakit yang dengannya dai berhalangan pergi ke solat jumaat.
2. Kerana hujan lebat, yang menghalang pergi ke solat jumaat. 
3. Sangat panas dan sangat dingin yang menghalang pegi ke solat jumaat.
4. Mengurus orang yang sakit yang tiada pengurusnya.
5. Orang yang buta yang tiada pembimbingnya.
6. Dan lain-lain perkara yang tidak memungkinkannya untuk pergi ke masjid. 

Sunat Pada Hari Jumaat

Pada hari jumaat sunat kita lakukan perkara yang berikut:
1. Mandi dan membersihkan diri.
2. Memakai pakaian yang baik dan menghias diri.
3. Memakai wangi-wangian.
4. Memotong kuku dan menggunting kumis.
5. Segera pergi ke masjid.
6. Memperbanyak zikir dan membaca ayat al-Quran sebelum khutbah.
7. Membaca surah Yaasin dan surah al-Kahfi pada malam dan siangnya.
8. Memperbanyak berdoa dan berselawat ke atas Nabi s.a.w. 

Sunat-sunat Khutbah

Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berkhutbah adalah seperti berikut:
1. Berkhutbah di atas mimbar atau di tempat yang tinggi.
2. Memberi salam kepada jemaah sebelum berkhutbah.
3. Duduk setelah memberi salam, lalu azan dikumandangkan.
4. Tidak berpaling ke kiri dan ke kanan.
5. Memegang tongkat dengan tangan kiri.
6. Khutbah tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.
7. Khutbah lebih pendek daripada solat jumaat.
8. Jemaah diam mendengarkan khubah. 

Syarat Sah Dua Khutbah Jumaat

Khutbah pertama atau khutbah kedua mempunyai syarat seperti berikut:
1. Yang berkhutbah itu lelaki.
2. Memperdengarkan khutbah kepada jemaah.
3. Beragama Islam.
4. Berakal.
5. Khutbah dilakukan dalam waktu zohor.
6. Suci khatib daripada hadas besar dan hadas kecil.
7. Suci khatib daripada najis pada badan, pakaian dan tempat.
8. Menutup aurat.
9. Berdiri ketika berkhutbah.
10. Membaca rukun-rukun khutbah dalam bahasa arab.
11. Duduk antara dua kalimah.
12. Beriring-iring di antara khutbah yang pertama dan kedua dan solat jumaat.
13. Khutbah dilakukan sebelum solat jumaat.
 
 
 

Rukun Khutbah


Rukun khutbah ada enam perkara:
1. Memuji Allah pada permulaan khutbah yang pertama dan kedua.
2. Membaca selawat ke atas nabi pada khutbah yang pertama dan kedua.
3. Mengucap dua kalimah syahadah pada kedua-dua khutbah.
4. Berwasiat atau berpesan kepada Jemaah supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. dalam kedua-dua khutbah.
5. Membaca ayat al-Quran pada khutbah yang pertama dan kedua.
6. Mendoakan orang mukmin pada khutbah yang kedua.

Masbuq Pada Solat Jumaat


Makmum yang terlambat dan hanya dapat berjemaah satu rakaat, hendaklah menambah satu rakaat lagi dan solat jumaatnya sah.

Makmum yang tidak dapat berjemaah satu rakaat pun, hendaklah menyempurnakan solatnya empat rakaat dan solatnya itu menjadi solat zohor.