Ada beberapa
golongan yang makruh jadi imam, iaitu:
1. Orang yang fasiq, iaitu orang melakukan dosa besar atau mengekalkan dosa kecil.
2. Orang yang ahli bida’ah.
3. Orang yang gagap.
4. Orang yang tidak disukai orang ramai.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah:
Maksudnya: Allah tidak akan menerima solat orang yang menjadi imam terhadap suatu kaum, sedangkan mereka benci kepadanya.