Solat berjemaah,
dua puluh tujuh lebih afdal daripada solat berseorangan. Kelebihan berjemaah
seperti itu akan hapus disebabkan perkara-perkara yang berikut:
1. Menjarangkan barisan sehingga muat satu orang.
2. Memutuskan barisan.
3. Memulakan barisan yang baru sebelum penuh barisan di hadapan.
4. Terpisah seorang diri dari barisan.
5. Menjarangkan barisan daripada imam, atau daripada barisan di hadapannya lebih dari tiga hasta.
6. Makmum seorang lelaki berdiri dari belakang imam atau di kirinya.
7. Mendahului imam pada rukun yang berupa perbuatan.
8. Terkemudian daripada imam satu rukun yang berupa perbuatan.