Seseorang itu
diwajibkan melaksanakan solat jumaat dengan syarat:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Merdeka, bukan hamba sahaya.
5. Lelaki. Tidak wajib jumaat ke atas perempuan atau pondan, jika mereka turut menegakkan solat jumaat, sah jumaatnya dan tidak wajib ke atasnya mengerjakan solat zohor pada hari itu.
6. Sihat.
7. Bermukin atau bermastautin. Tidak wajib solat jumaat ke atas orang musafir yang diharuskan syarak, jika perjalanan itu dimulakannya sebelum terbit fajar pada hari jumaat itu.