Friday, 2 November 2018

Solat Sunat Yang Disunatkan Berjemaah

Selain daripada solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah, terdapat pula solat-solat sunat yang disunatkan melakukannya dengan berjemaah. Bagaimanapun ia boleh juga dilakukan dengan munfarid atau bersendirian seperti di bawah ini:
1. Solat Aid (Solat Hari Raya)
2. Solat sunat Gerhana
3. Solat Istisqa'
4. Solat sunat Tarawih

Solat Sunat Tidak Disunatkan Berjemaah

Solat-solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu dan tidak disunatkan berjemaah adalah seperti berikut:
1. Solat sunat Dhuha
2. Solat sunat Tahajjud
3. Solat sunat Tahiyatul masjid
4. Solat sunat Wudhuk
5. Solat sunat Hajat
6. Solat sunat Istikharah
7. Solat sunat Mutlaq
8. Solat sunat Witir

Solat Sunat Yang Tidak Mengiringi Solat Fardhu

Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu adalah terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
1. Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu yang tidak disunatkan berjemaah.
2. Solat sunat yang tidak mengiringi solat fardhu yang disunatkan berjemaah.

Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu

Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah yang mengiringi solat fardhu, yang disebut dengan sunat rawatib ada dua macam seperti berikut:

1. Yang muakkad, iaitu yang amat disuruh. Solat sunat yang muakkad ada lima, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum solat fardhu subuh.
2. Dua rakaat sebelum solat fardhu zohor atau jumaat.
3. Dua rakaat selepas solat fardhu zohor atau jumaat.
4. Dua rakaat sesudah solat fardhu maghrib.
5. Dua rakaat sesudah solat fardhu isyak.

2. Yang tidak muakkad. Solat sunat rawatib yang tidak muakkad juga ada lima, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum solat fardhu zohor atau jumaat.
2. Dua rakaat sesudah solat fardhu zohor atau jumaat.
3. Empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
4. Dua rakaat sesudah solat fardhu maghrib.
5. Dua rakaat sebelum solat fardhu isyak.

Solat Sunat Yang Tidak Disunatkan Berjemaah

Solat sunat yang tidak sunat berjemaah ini ada dua bahagian seperti berikut:
1. Yang mengiringi solat fardhu.
2. Yang mengiringi solat fardhu. 

Solat Sunat

Solat sunat ialah solat yang dianjurkan mengerjakannya iaitu solat yang lain dari solat fardhu. Solat sunat ini pula terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
1. Solat sunat yang tidak sunat berjemaah.
2. Solat sunat yang disunatkan berjemaah.

Thursday, 1 November 2018

Solat Jamak Sebab Sakit

Orang yang dalam keadaan sakit boleh melakukan solat jamak sama ada jamak takdim atau takhyir. Dengan syarat yang berikut:
1. Berniat jamak pada solat yang pertama jika jamak takhyir.
2. Dalam keadaan sakit hingga takbiratul ihram solat yang kedua dikerjakan dalam waktu.
3. Tertib.
4. Beriring-iringan antara solat yang pertama dan kedua. 
 
 

Solat Jamak Sebab Hujan dan Syarat-Syaratnya

Solat boleh dikerjakan dengan jamak taqdim sahaja dengan sebab hujan iaitu solat zohor dan asar dikerjakan dalam waktu zohor, solat maghrib dan isyak dikerjakan dalam waktu maghrib.

Syarat-syaratnya

Boleh mengumpulkan solat disebabkan hujan bagi orang melazimi solat berjemaah dengan syarat seperti berikut:
1. Berniat jamak dalam solat yang peretama.
2. Hujan turun menyulitkan perjalanan balik ke rumah dan datang semula ke masjid untuk berjemaah.
3. Solat itu dikerjakan dalam berjemaah.
4. Tempat berjemaah jauh dari tempat tinggal.
5. Hujan turun berterusan dari takbiratul ihram solat yang pertama hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
6. Beriring-iring antara solat yang pertama dan kedua.
7. Tertib. 
 

Jamak dan Qasar

Orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak maksiat serta cukup syarat-syaratnya, maka boleh mengumpulkan Jamak dan Qasar sekaligus.

Solat Takhyir dan Syarat-syaratnya

Jamak takhyir ialah menghimpunkan dua solat fardhu yang tertentu pada waktu yang akhir iaitu waktu yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takhyir

Syarat-syarat jamak takhyir adalah seperti berikut:
1. Berniat mengumpulkan solat pada waktu yang kedua.
2. Sentiasa dalam perjalanan hingga habis waktu yang kedua.
3. Sekurang-kurangnya perjalanan sejauh dua marhalah.
4. Perjalanan yang tentu tujuannya.
5. Perjalanan yang tidak maksiat. 
 
 
 

Jamak Takdim dan Syarat-syaratnya

Jamak takdim ialah menghimpunkan dua solat pada waktu yang pertama, seperti mengumpulkan solat zohor dengan asar pada waktu zohor dan solat maghrib dengan isyak pada waktu maghrib.

Syarat-syarat Jamak Takdim

Jamak takdim sah dilakukan dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. Solat zohor lebih dahulu daripada solat asar dan solat maghrib lebih dahulu daripada solat isyak.
2. Berniat jamak dalam solat yang pertama.
3. Solat yang dijamak itu dikerjakan beriring-iring.
4. Sentiasa dalam perjalan hingga selesai takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Perjalanan yang tidak maksiat. 
 
 
 

Solat Jamak

Solat jamak ialah solat yang dikumpulkan. Orang yang sedang dalam perjalanan yang tidak maksiat boleh mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Solat yang boleh dikumpulkan itu ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak. Solat jamak ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu jamak taqdim dan jamak takhyir.

Hads Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:
Rasulullah s.a.w. apabila berangkat sebelum gelincir matahari, Beliau akhirkan solat zohor pada waktu asar, kemudian beliau turun, beliau jamakkan keduanya. Dan jika telah gelincir matahari sebelum beliau berangkat, maka Beliau solat zohor dahulu, kemudian baru beliau naik kenderaan.

Syarat-syarat Solat Qasar

Boleh mengqasar solat dengan syarat-syarat berikut:
1. Sekurang-kurangnya perjalanan sejauh dua marhalah lebih kurang 60 batu atau 91 KM (Rujuk Mustika Hadis).
2. Perjalanan yang bukan maksiat.
3. Berniat mengqasar solat pada takbiratul ihram.
4. Perjalanan menuju tempat yang tertentu.
5. Tidak beriman kepada orang yang tidak mengqasar.
6. Sentiasa dalam perjalanan hingga selesai solat. 

Solat Qasar

Solat qasar ialah solat yang pendek atau dipendekkan. Orang yang musafir harus (boleh) memendekkan solat yang empat rakaat (zohor, asar dan isyak) menjadi dua rakaat.

Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 101:

Maksudnya: Apabila kamu berjalan di muka bumi, maka tidak ada halangan bagi kamu untuk mengqasar (memendekkan) solat.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ya'la bin Umaiyah r.a.:

Yang ertinya: Telah bercerita Ya'la bin Umaiyah r.a.: Saya telah berkata kepada Umar r.a.: Allah ada berfirman (tentang solat qasar) "Jika kamu takut, sedangkan sekarang telah aman?" Umar r.a. menjawab, "Saya hairan juga sperti engkau". Maka saya tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. dan Beliau menjawab: "Solat qasar itu adalah sedekah yang telah diberikan Allah S.W.T. kepadamu, maka terimalah sedekahNya".

Uzur Solat Jumaat

Orang yang ditimpa oleh sesuatu sebab seperti di bawah ini, maka ia dikira uzur iaitu tidak diwajibkan melakukan solat jumaat:
1. Sakit yang dengannya dai berhalangan pergi ke solat jumaat.
2. Kerana hujan lebat, yang menghalang pergi ke solat jumaat. 
3. Sangat panas dan sangat dingin yang menghalang pegi ke solat jumaat.
4. Mengurus orang yang sakit yang tiada pengurusnya.
5. Orang yang buta yang tiada pembimbingnya.
6. Dan lain-lain perkara yang tidak memungkinkannya untuk pergi ke masjid. 

Sunat Pada Hari Jumaat

Pada hari jumaat sunat kita lakukan perkara yang berikut:
1. Mandi dan membersihkan diri.
2. Memakai pakaian yang baik dan menghias diri.
3. Memakai wangi-wangian.
4. Memotong kuku dan menggunting kumis.
5. Segera pergi ke masjid.
6. Memperbanyak zikir dan membaca ayat al-Quran sebelum khutbah.
7. Membaca surah Yaasin dan surah al-Kahfi pada malam dan siangnya.
8. Memperbanyak berdoa dan berselawat ke atas Nabi s.a.w. 

Sunat-sunat Khutbah

Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berkhutbah adalah seperti berikut:
1. Berkhutbah di atas mimbar atau di tempat yang tinggi.
2. Memberi salam kepada jemaah sebelum berkhutbah.
3. Duduk setelah memberi salam, lalu azan dikumandangkan.
4. Tidak berpaling ke kiri dan ke kanan.
5. Memegang tongkat dengan tangan kiri.
6. Khutbah tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.
7. Khutbah lebih pendek daripada solat jumaat.
8. Jemaah diam mendengarkan khubah. 

Syarat Sah Dua Khutbah Jumaat

Khutbah pertama atau khutbah kedua mempunyai syarat seperti berikut:
1. Yang berkhutbah itu lelaki.
2. Memperdengarkan khutbah kepada jemaah.
3. Beragama Islam.
4. Berakal.
5. Khutbah dilakukan dalam waktu zohor.
6. Suci khatib daripada hadas besar dan hadas kecil.
7. Suci khatib daripada najis pada badan, pakaian dan tempat.
8. Menutup aurat.
9. Berdiri ketika berkhutbah.
10. Membaca rukun-rukun khutbah dalam bahasa arab.
11. Duduk antara dua kalimah.
12. Beriring-iring di antara khutbah yang pertama dan kedua dan solat jumaat.
13. Khutbah dilakukan sebelum solat jumaat.
 
 
 

Rukun Khutbah


Rukun khutbah ada enam perkara:
1. Memuji Allah pada permulaan khutbah yang pertama dan kedua.
2. Membaca selawat ke atas nabi pada khutbah yang pertama dan kedua.
3. Mengucap dua kalimah syahadah pada kedua-dua khutbah.
4. Berwasiat atau berpesan kepada Jemaah supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. dalam kedua-dua khutbah.
5. Membaca ayat al-Quran pada khutbah yang pertama dan kedua.
6. Mendoakan orang mukmin pada khutbah yang kedua.

Masbuq Pada Solat Jumaat


Makmum yang terlambat dan hanya dapat berjemaah satu rakaat, hendaklah menambah satu rakaat lagi dan solat jumaatnya sah.

Makmum yang tidak dapat berjemaah satu rakaat pun, hendaklah menyempurnakan solatnya empat rakaat dan solatnya itu menjadi solat zohor.

Syarat Sah Solat Jumaat


Solat jumaat itu sah ditegakkan dengan syarat:
1. Didirikan jumaat di dalam lingkungan negeri atau kampung.
2. Didrikan solat jumaat itu dengan berjemaah. Dan disyaratkan pada Jemaah jumaat itu berjumlah empat puluh orang yang wajib jumaat.
3. Ditegakkan solat jumaat itu dalam waktu zohor, mulai dari khutbah pertama hingga salam.
4. Solat jumaat itu didahului oleh dua khutbah.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w. berkhutbah pada hari jumaat dua khutbah dalam keadaan berdiri, dan beliau duduk di antara keduanya.

5. Tidak didahului oleh solat jumaat yang lain dalam kariah berkenaan.

Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat


Seseorang itu diwajibkan melaksanakan solat jumaat dengan syarat:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Merdeka, bukan hamba sahaya.
5. Lelaki. Tidak wajib jumaat ke atas perempuan atau pondan, jika mereka turut menegakkan solat jumaat, sah jumaatnya dan tidak wajib ke atasnya mengerjakan solat zohor pada hari itu.
6. Sihat.
7. Bermukin atau bermastautin. Tidak wajib solat jumaat ke atas orang musafir yang diharuskan syarak, jika perjalanan itu dimulakannya sebelum terbit fajar pada hari jumaat itu.

Solat Jumaat dan Hukumnya Melaksanakannya


Solat jumaat ialah solat fardhu dua rakaat selepas dua khubah pada waktu zohor di hari jumaat.

Hukum Solat Jumaat


Hukum solat jumaat itu adalah fardhu ain atas lelaki Islam yang merdeka dan menetap.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Jumaah, ayat 9:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk (melakukannya) solat pada hari jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Hakim.

Maksudnya: Jumaat itu adalah hak yang wajib ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah melainkan empat golongan iaitu hamba sahaya, perempuan, anak-anak dan orang sakit.

Mengulang Solat

Orang yang telah melakukan solat seorang diri, atau berjemaah sunat mengulanginya sekali lagi jika dikerjakan jemaah dalam waktu itu juga. Jika datang seseorang setelah selesai solat berjemaah maka sunat orang yang telah berjemaah tadi, mengulang solatnya dengan berjemaah bersama orang yang terlambat tadi.

Solat yang sunat diulang ialah solat fardhu lima waktu yang tunai dan solat sunat yang disunatkan berjemaah, selain witir di bulan ramadhan. Solat itu sunat diulang hanya sekali sahaja.

Terjadi Sesuatu Di Dalam Solat


Dalam solat, tidak boleh melakukan atau berkata sesuatu yang lain daripada pekerjaan solat.

Sabda Rasulullah s.a.w.yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad:

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu tidak patut disertai dengan percakapan manusia, hanya yang layak di dalamnya adalah tasbih, takbir dan membaca al-Quran.


Jadi, andainya ada sesuatu perkara yang hendak diberitahu, jika seseorang itu dalam solat, seperti mengingatkan imam atau orang yang akan terjatuh, atau memberi izin orang yang akan masuk ke rumah, andainya dia seorang lelaki, hendaklah ia mengucapkan tasbih subhaanallah. Andainya dia seorang perempuan hendaklah ia menepukkan tangan kanan ke bahagian belakang tangan kirinya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Barang siapa yang terpaksa memberi tahu sesuatu di dalam solatnya, maka hendaklah ia bertasbih dan hanya bertepuk tangan bagi perempuan.


Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Abdullah bin Umar r.a. yang bermaksud:

Bahawasannya Nabi s.a.w. telah melakukan solat, maka beliau ragu dan bacaannya setelah selesai solat beliau berkata kepada Abdullah bin Umar, adalah engkau solat bersamaku tadi. Jawab Abdullah: Ya! Sabda Rasulullah: Mengapa tidak engkau tunjuki saya dalam bacaan tadi.

Masbuq


Masbuq ialah makmum yang terlambat. Yang dimaksudkan dengan masbuq ialah makmum yang terlambat sehingga tidak cukup masa baginya untuk membaca fatihah sebelum imamnya rukuk, setelah dia bertakbiratul ihram.

Makmum yang masbuq ini, setelah ia bertakbiratul ihram wajib segera membaca surah al-Fatihah jika didapati imamnya masih berdiri. Andainya sebelum sempat ia menghabiskan fatihahnya imamnya rukuk, maka ia wajib mengikuti imamnya rukuk. Baginya dimaafkan tidak menghabiskan fatihahnya, sekalipun ia tidak sempat membaca fatihah satu ayat pun.

Jika ia sempat rukuk bersama imam serta tumakninah, maka dia telah mendapati satu rakaat. Jika dia tidak sempat rukuk bersama imamnya maka dia belum mendapat rakaat, teapi dia sudah dikira berjemaah.

Muafiq


Muafiq ialah, makmum yang dapat membaca fatihah atau cukup masa untuk membaca fatihah bersama imam pada rakaat yang pertamanya, makmum yang muafiq ini ada beberapa peraturan:
1. Makmum mengikuti takbiratul ihram imam, iaitu setelah selesai takbiratul ihram imam.
2. Mesti menyempurnakan bacaan fatihah, demikian juga rukun-rukun yang lain.
3. Jika makmum itu ketinggalan kerana uzur, seperti makmum yang lambat membaca fatihah, kerana sudah tua atau kerana membaca doa iftitah atau terlalai atau imam terlalu cepat membaca, maka dimaafkan tertinggal tiga rukun yang panjang. (Rukun yang panjang ialah selain daripada iktidal dan duduk antara dua sujud).

Menghapuskan Pahala Berjemaah


Solat berjemaah, dua puluh tujuh lebih afdal daripada solat berseorangan. Kelebihan berjemaah seperti itu akan hapus disebabkan perkara-perkara yang berikut:
1. Menjarangkan barisan sehingga muat satu orang.
2. Memutuskan barisan.
3. Memulakan barisan yang baru sebelum penuh barisan di hadapan.
4. Terpisah seorang diri dari barisan.
5. Menjarangkan barisan daripada imam, atau daripada barisan di hadapannya lebih dari tiga hasta.
6. Makmum seorang lelaki berdiri dari belakang imam atau di kirinya.
7. Mendahului imam pada rukun yang berupa perbuatan.
8. Terkemudian daripada imam satu rukun yang berupa perbuatan.

Sunat Pada Solat Berjemaah


Bagi menyempurnakan solat berjemaah, maka hendaklah dilakukan sunat-sunatnya, seperti berikut:
1. Meluruskan dan merapatkan barisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a.:
Maksudnya: Adalah Nabi s.a.w. menghadapkan mukanya kepada kami (jemaah) sebelum ia bertakbir sambal beliau berkata “Rapatkanlah dan luruskanlah barisan kamu”.

2. Solat pada saf yang pertama, kerana saf yang pertama adalah yang paling afdal.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim:
Maksudnya: Sebaik-baik saf lelaki adalah yang pertamanya dan yang seburuk-buruknya adalah saf yang akhir sekali. Sebaik-baik saf perempuan adalah saf yang di belakang sekali dan yang seburuk-buruknya adalah saf yang pertamanya.

3. Imam menguatkan suara takbir perpindahannya, menguatkan bacaan sami’allaahuliman hamidah, dan memberi salam.

Makruh Jadi Imam


Ada beberapa golongan yang makruh jadi imam, iaitu:
1. Orang yang fasiq, iaitu orang melakukan dosa besar atau mengekalkan dosa kecil.
2. Orang yang ahli bida’ah.
3. Orang yang gagap.
4. Orang yang tidak disukai orang ramai.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah:
Maksudnya: Allah tidak akan menerima solat orang yang menjadi imam terhadap suatu kaum, sedangkan  mereka benci kepadanya.

Syarat Berjemaah


Bagi sahnya solat berjemaah itu diperlukan beberapa syarat, seperti berikut:
1. Berniat mengikut imam, ketika takbiratul ihram.
2. Makmum hendaklah mengikut segala perbuatan imam.
3. Takbiratul ihram makmum setelah takbiratul ihram imam.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. Maka apabila ia telah takbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila ia telah rukuk maka hendaklah kamu rukuk.

4. Makmum mengetahui gerak-geri atau perpindahan perbuatan solat imam.
5. Makmum dan imam berada dalam satu tempat.
6. Tidak terdahulu makmum daripada imam pada rukuk yang berupa perbuatan dan tidak boleh tertinggal.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud:
Maksudnya: Sesungguhnya imam itu diikuti. Maka apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir. Dan jangan kamu bertakbir sehingga dia bertakbir. Dan apabila dia rukuk maka hendaklah kamu rukuk. Janganlah kamu rukuk sehingga ia rukuk dan apabila dia sujud hendaklah kamu sujud. Dan janganlah kamu sujud sehingga ia sujud.

7. Tempat berdiri makmum tidak boleh terkehadapan daripada imam.
8. Sama peraturan solat imam dengan makmum.

Imam


Orang yang boleh jadi imam atau yang tidak boleh jadi imam adalah:

1. Orang yang jadi makmum tidak boleh jadi imam.
2. Lelaki boleh berimam kepada lelaki.
3. Lelaki tidak boleh berimam kepada perempuan ataupun pondan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:
Maksudnya: Janganlah sekali-kali perempuan dijadikan imam terhadap lelaki.

4. Perempuan boleh berimam kepada perempuan atau pondan.
5. Pondan hanya boleh berimam kepada lelaki.
6. Imam hendaklah orang yang qari, iaitu yang bagus bacaannya.
Orang yang ummi, iaitu tidak bagus bacaan fatihahnya
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim:
Maksudnya: Orang (yang layak) menjadi imam terhadap suatu kaum ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran di antara mereka…

Bilangan Solat Jemaah


Sekurang-kurangnya berjemaah itu ialah dua orang, yakni seorang imam dan seorang makmum. Dan semakin banyak bilangan Jemaah, adalah semakin baik.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan an-Nasai’:

Maksudnya: Solat seseorang (berjemaah dengan) seorang lelaki adalah lebih banyak ganjarannya daripada solat seorang diri. Dan solatnya bersama dua orang lelaki adalah lebih banyak ganjarannya daripada solatnya bersama seorang lelaki. Dan Jemaah yang lebih banyak, maka Jemaah itulah yang lebih disukai Allah Ta’ala.

Hukum Solat Berjemaah


1. Ditinjau daripada sekalian banyak dalil yang terdapat dalam al-Quran atau pun hadis dan kebanyakan dalil-dalil itu memerintah dengan keras agar kita mendirikan solat berjemaah maka dapatlah difahamkan bahawa solat berjemaah itu hukumnya adalah fardhu kifayah pada solat lima waktu, selain daripada solat jumaat.

2. Berjemaah pada solat jumaat adalah fardhu ain, kerana solat jumaat itu tidak sah dikerjakan jika tidak berjemaah.

3. Ada juga berjemaah yang hukumnya sunat, iaitu berjemaah pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah, seperti solat hari raya, tarawih, mnta hujan dan sebagainya. Makruh berjemaah pada solat tunai mengikut solat qadha atau sebaliknya.


Perlu diketahui bahawa sebaik-baik solat berjemaah itu dilakukan di masjid atau surau bagi yang tiada masjid, khasnya solat fardhu bagi lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Solatlah kamu wahai manusia di rumah masing-masing kerana sesungguhnya sebaik-baik solat itu ialah solat seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu.


Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

Maksudnya: Jangan kamu larang perempuan-perempuan kamu ke masjid walaupun rumah mereka lebih baik bagi mereka (untuk beribadah).

Dalil Solat Berjemaah

Sebagai dalil yang menyuruh kita melaksanakan solat berjemaah dapat kita ambil daripada ayat al-Quran dan juga hadis Rasulullah s.a.w.

Di antaranya firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 43:
Maksudnya: Dan dirikanlah oleh kamu solat, dan rukuklah kamu (berjemaahlah kamu) bersama orang yang rukuk.

FirmanNya lagi dalam surah an-Nisa', ayat 102:
Maksudnya: Dan apabila engkau berada di kalangan mereka (semasa berperang) lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadikan imam) mereka, maka hendaklah satu puak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama engkau.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad daripada Abi Darda' r.a.:
Maksudnya: Tidak ada tiga orang lelaki dalam sebuah kampung atau sebuah desa yang tidak mendirikan solat berjemaah, melainkan mereka mudah dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mencuaikan perintah syarak). Oleh itu hendaklah engkau sentiasa bersama jemaah.

Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat.

Sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Sesungguhnya aku dukacita dan bahawa aku malu menyeru menegakkan solat, maka dirikan dia, kemudian aku suruh akan seorang laki-laki, maka solat ia dengan segala manusia, maka ia pergi serta aku dengan orang ramai serta membawa beberapa bekas daripada kayu api kepada kaum yang tidak hadir mengerjakan solat berjemaah. Maka aku bakar mereka berserta rumah-rumah mereka dengan api.

Adapun yang diriwayatkan oleh Ahmad:
Maksudnya: Kalaulah tidak kerana ada perempuan-perempuan dan anak-anak ada di rumah-rumah, saya kerjakan solat isyak, dan saya suruh pemuda-pemuda membakar rumah-rumah itu bersama isinya.